the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

33 NGO seru gencatan senjata, hentikan kekejaman di Palestin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersolidariti pada perhimpunan Hari Bertindak Global untuk Gaza bagi menyeru gencatan senjata diadakan sekali gus menghentikan kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu yang diadakan serentak di 74 bandar di 38 negara menunjukkan dokongan dan keprihatinan yang hebat kepada situasi yang berlaku di Palestin.

“Sudah masuk tiga bulan tetapi peperangan masih belum reda. Walaupun ada perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja sebaliknya Ahli Parlimen, media dan NGO semua ada peranan masing-masing,“ katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Perhimpunan itu yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di sini dan mendapat sokongan Parlimen Malaysia dan parti-parti politik, disertai antaranya oleh Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia; Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds, Palestin (MWCQP) dan Cinta Gaza Malaysia.

Pengerusi BDS Malaysia Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata tujuan perhimpunan aman itu juga bagi mendesak Israel menghentikan serangan berdarah dan tindakan genosid terhadap Semenanjung Gaza yang masuk hari ke-100 hari ini dan telah mengorbankan kira-kira 24,000 nyawa.

“Kita sasarkan 3,000 orang, Alhamdulillah perhimpunan hari ini mencapai matlamat untuk terus mendesak dan kami turut sama menyertai kumpulan global dalam menyatakan tuntutan ini,“ katanya.

Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu hari ini menyaksikan wakil daripada setiap NGO terlibat menyampaikan ucapan selain turut diselangi persembahan ‘flashmob’ bagi menggambarkan penderitaan rakyat Palestin.

Sebelum ini, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di ICJ yang berlangsung secara perbicaraan terbuka.

Menurut Wisma Putra, Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Genosid turut menyeru Israel menghormati undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima notis pemakluman daripada penganjur mengenai perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata seramai lapan pegawai dan 157 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keadaan sepanjang himpunan yang diadakan bermula 12 tengah hari tadi.

“Keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan itu,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings