Pengundian awal PRK Parlimen Kinabatangan catat 89.42% keluar mengundi setakat 3 petang, manakala PRK DUN Lamag catat 89.89%.
KINABATANGAN: Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan mencatatkan 89.42% setakat 3 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan seramai 169 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam tempoh sama.
Bagi PRK Dewan Undangan Negeri Lamag pula, sebanyak 169 anggota polis atau 89.89% telah selesai mengundi.
Proses pengundian berlangsung di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dan melibatkan 196 anggota polis.
Daripada jumlah itu, 189 anggota mengundi secara fizikal manakala tujuh lagi mengundi secara pos.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon-calon yang mewakili Barisan Nasional, Warisan dan seorang Bebas.
Pertandingan di DUN Lamag pula adalah satu lawan satu antara calon BN dan Warisan.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.
Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut.
Keseluruhan pengundi berdaftar bagi kerusi parlimen tersebut ialah 48,722 orang.
DUN Lamag pula mempunyai 13,899 pengundi berdaftar.
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan.








