the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan tubuh PRISMA untuk urus isu perpaduan secara sistematik

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA) ditubuhkan untuk urus isu perpaduan secara berkesan, selaras dengan tema ‘Bersama Membina Negara Bangsa’ 2026.

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA) sebagai usaha menangani dan mengurus isu perpaduan secara lebih berkesan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menyelaras semua mekanisme pengurusan isu perpaduan melalui PRISMA.

“Langkah ini bertujuan memastikan pendekatan yang sistematik, bersepadu dan strategik dalam menangani cabaran perpaduan,” katanya semasa menyampaikan amanat Kementerian Perpaduan Negara (KPN) 2026.

Beliau berkata kementerian juga akan muktamadkan Kerangka Pengurusan Isu Perpaduan (IRM) sebagai dokumen induk bersepadu untuk menyelaras tindakan pelbagai agensi.

“KPN memikul amanah yang amat besar untuk menjadi jambatan penyatuan dalam kepelbagaian masyarakat,” katanya.

Tema bagi tahun 2026 ialah “Bersama Membina Negara Bangsa” yang selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ke-13.

Aaron menekankan kepentingan negara bangsa sebagai asas kepada keamanan, perpaduan, kestabilan dan keharmonian sebuah negara majmuk.

Gerak kerja KPN pada tahun ini akan difokuskan kepada lima kluster utama iaitu Tunas MADANI, Komuniti MADANI, Harmoni MADANI, Rakyat MADANI dan Warisan MADANI.

Beberapa sesi libat urus, perbincangan meja bulat dan dialog awam akan dilaksana bagi menghasilkan Pelan Tindakan Negara Bangsa.

Pelan itu akan menjadi rujukan kepada agensi kerajaan dalam membuat dasar dan inisiatif baharu.

Kementerian juga akan menganjurkan Persidangan Negara Bangsa pada September ini.

“Tahun ini, kementerian akan berusaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Muzium Malaysia di Parlimen,” tambah Aaron.

Kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia akan mengkaji semula Akta Penyerahan Bahan 1986 bagi meningkatkan akses kepada bahan ilmiah negara.

Pada majlis itu, Aaron turut menyerahkan sijil pelantikan rakan media rasmi Negara Bangsa kepada Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fitch Ratings assigns first-time credit rating to HDBank, recognises its strong financial profile

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 15 July 2026 - Fitch Ratings has assigned its first-ever credit ratings to Ho Chi Minh City Development Joint Stock Commercial Bank (HoSE: HDB), placing the lender among the highest-rated Vietnamese banks and recognising its strong financial position, profitability and sustainable growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings