Menteri Besar Perak Saarani Mohamad menegaskan aduan penyelewengan mesti berasaskan maklumat tepat dan sumber sahih, bukan sekadar surat layang yang tidak lengkap.
IPOH: Mana-mana pihak yang membuat laporan penyelewengan perlu memastikan maklumat yang dilaporkan adalah tepat dan daripada sumber yang sahih.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata hal ini kerana terdapat aduan yang tidak lengkap dan lebih menyerupai surat layang.
“Kita ada terima aduan dan telah diajukan kepada SPRM, namun sebahagiannya ialah surat layang,” katanya.
Beliau mengalu-alukan budaya membuat aduan tetapi menegaskan ia mesti dilakukan dengan ikhlas dan tulen.
“Bukan hanya kerana mereka rasa tidak mendapat apa-apa yang diingini, maka mereka ambil jalan itu,” katanya.
Saarani berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Integriti dan Anti Rasuah Perak 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Beliau juga melancarkan Program Keep Malaysia Cleen peringkat negeri yang disertai 30 jabatan kerajaan.
Program itu bertujuan memperkukuh amalan integriti dalam sektor awam.
“Kesimpulannya, integriti dan kebersihan saling melengkapi dalam membentuk masyarakat yang beramanah dan berdisiplin,” katanya.








