the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong beri lampu hijau ambil tindakan tegas pada ahli Parlimen melampaui batas

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan green light atau lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas, ketika bersidang.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini bertitah tindakan itu, termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen yang terlibat, jika mereka masih berdegil.

“Suka saya ingatkan bahawa Parlimen ini tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat semua para penggubalnya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat.

“Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini. Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain. Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini, saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini,” titah Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah untuk itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas, bagi memastikan semua Ahli Mesyuarat mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan semua Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang supaya bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama membangunkan negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja, tetapi juga di bahu semua 222 Ahli Dewan Rakyat, yang telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka di dalam kerajaan,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings