the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

“Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Usai menikmati santapan pagi, Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaraan di sekitar kawasan ibu kota.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar dengan usaha untuk memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings