the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan rugi RM2.7 juta dalam penipuan telefon polis palsu

Seorang ahli perniagaan lelaki di Terengganu kerugian lebih RM2.7 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis.

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan lelaki kerugian lebih RM2.7 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata mangsa berusia 64 tahun itu menerima panggilan pada awal September tahun lepas.

Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.

Suspek yang mengaku bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mengarahkan mangsa memindahkan wang ke lima akaun bank berbeza.

Tujuan pemindahan wang itu adalah untuk mengelak tindakan undang-undang terhadap mangsa.

“Mangsa juga diarahkan tidak menyemak atau membuat sebarang transaksi daripada akaun berkenaan bagi tujuan keselamatan,” kata Mohd Khairi.

Mangsa hanya menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam semua akaunnya telah lesap.

Beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings