the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidilfitri: Bekalan kelapa di Kelantan dijangka mencukupi – FAMA

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan bekalan kelapa di Kelantan mencukupi menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah FAMA Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah intervensi dari segi mendapatkan bekalan kelapa untuk pembekal dan usahawan.

“Kita tahu sekarang ini memang ada kekurangan dari segi bekalan kelapa. Jadi apa yang kita telah buat di pusat operasi FAMA dekat Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong adalah mengenal pasti mana-mana pemborong dan pengusaha yang memerlukan bekalan kelapa dengan harga jualan antara RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Jika mana-mana pihak yang memerlukan bekalan, boleh berhubung dengan pusat operasi FAMA kerana setiap minggu kita akan dapat bekalan secara berkala,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Famazara Agro Educare di Kampung Telok Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Faizatul Aniza berkata pihaknya terpaksa mendapatkan bekalan daripada pembekal luar kerana di Kelantan tidak banyak tanaman berkenaan, dan usaha itu memerlukan kerjasama daripada Jabatan Pertanian.

“FAMA juga sudah mendapatkan maklumat daripada setiap jajahan mengenai bekalan kelapa yang diperlukan untuk padanan dari segi keperluan serta bekalan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings