the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

AKPS gagalkan cubaan seludup 2,900 liter diesel di Bukit Kayu Hitam

AKPS dan JPJ tahan lori asing di ICQS Bukit Kayu Hitam, rampas 2,900 liter diesel bernilai RM8,352 dalam tangki ubah suai.

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup 2,900 liter diesel ke negara jiran.

Langkah itu susulan penahanan sebuah lori bernombor pendaftaran asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Khas AKPS Bukit Kayu Hitam Saiful Jeffery Razali berkata lori itu ditahan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada kira-kira 10 malam.

Pemeriksaan mendapati terdapat tangki simpanan diubah suai bagi menyembunyikan minyak diesel.

“Pemeriksaan menyeluruh telah menemukan 2,900 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM8,352 yang disembunyikan di dalam tangki ubah suai dalam lori jenis rigid kargo itu,” katanya.

Beliau berkata modus operandi itu dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa dan menyeludup minyak diesel ke Thailand.

Lori dianggarkan bernilai RM60,000 turut dirampas menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM68,352.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Petroleum (Jualan dan Pembekalan) 1987 kerana mengubah suai kenderaan bagi tujuan penyeludupan.

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 64(1) akta sama bagi tujuan penyitaan kenderaan untuk tindakan lanjut.

“AKPS berkomitmen penuh bersama agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan pintu masuk dan keluar negara sentiasa berada dalam kawalan serta tidak disalahgunakan,” kata Saiful Jeffery.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa melalui pengubahsuaian kenderaan.

Katanya, AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di sempadan negara demi menjamin keselamatan dan kedaulatan Malaysia

Related

spot_img

Latest

US warns Iraq against pro-Iran government as Maliki eyes comeback

US Secretary of State Marco Rubio warns Iraq against forming a pro-Iranian government as former premier Nouri al-Maliki is poised for a political return, highlighting Washington's key leverage.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories