the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS siasat sindiket ‘phantom travel’ di KLIA

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat sindiket ‘phantom travel’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu meneliti penglibatan pegawai yang bersekongkol dengan sindiket yang menggunakan modus operandi tidak merekod pergerakan keluar masuk pelawat di pintu masuk negara serta mengenakan kadar bayaran tertentu bagi membolehkan pengembara, khususnya penjawat awam mengelak pergerakan mereka dikesan majikan.

“AKPS tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti yang mencemarkan nama baik dan imej jabatan.

“Tindakan dan hukuman akan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan agensi itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menambah baik proses pemeriksaan pelawat di pintu masuk negara terutama di KLIA, termasuk penggunaan sistem pagar automatik sepenuhnya.

“Dengan adanya penggunaan sistem pagar automatik sepenuhnya bagi pelepasan keluar, pembangunan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, AKPS percaya isu ‘mengatur kaunter’, ‘pasport terbang’ dan ‘phantom travel’ yang melibatkan pegawai dapat dikurangkan serta dihapuskan,“ menurut agensi itu.

Baru-baru ini, sebuah portal media tempatan mendedahkan kewujudan sindiket berkenaan di KLIA yang didakwa melibatkan kakitangan kerajaan yang terbang ke luar negara tetapi butiran perjalanan mereka ditunjukkan dalam rekod imigresen.

Menurut laporan portal itu, modus operandi sindiket berkenaan melibatkan pengembara melalui proses imigresen di kaunter khas, yang dijaga oleh pegawai yang bersekongkol.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings