Saturday, November 22, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS tahan tiga lelaki Jepun seludup kokain RM2.4 juta di KLIA

PUTRAJAYA: Tiga lelaki warganegara Jepun ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) semalam kerana disyaki cuba menyeludup masuk dadah dipercayai kokain seberat 12 kilogram.

Dadah bernilai anggaran RM2.4 juta itu dikesan di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Ketiga-tiga suspek baru tiba dari Bangkok, Thailand melalui penerbangan MH0781.

Pegawai AKPS mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi pada 1.45 pagi.

Pemeriksaan fizikal mendedahkan kokain diselindungkan dengan menutup bungkusan menggunakan ikan bilis dan udang kering serta dibungkus secara vakum.

Bahan dadah ditemui dalam satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas.

Pemeriksaan lanjut mengesahkan semua enam bagasi itu mengandungi dadah jenis kokain menggunakan kaedah penyamaran yang sama.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories