the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aktiviti pelancongan Tasik Chini tetap rancak, tumpuan beralih ke pusat penyelidikan

Resort utama Tasik Chini masih ditutup, namun aktiviti pelancongan tidak terjejas dengan Pusat Penyelidikan menjadi tumpuan utama pelancong

KUANTAN: Aktiviti pelancongan di Tasik Chini, Pekan tidak terjejas meskipun resort utama di kawasan itu belum beroperasi semula.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata resort itu masih dalam proses PSK Pahang mendapatkan pelabur untuk pembukaan semula.

Beliau berkata kemudahan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini kini menjadi tumpuan dengan menawarkan fasiliti penginapan, perkhemahan, bot dan kayak.

“Saya difahamkan hampir setiap hujung minggu tempahan Pusat Penyelidikan penuh dan mereka juga menawarkan pakej eksplorasi Orang Asli, Tasik Chini dan hutan,” katanya di Dewan Undangan Negeri Pahang.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Sharim Md Zain mengenai hasrat kerajaan negeri membuka semula resort di Tasik Chini.

Leong menambah kerajaan negeri telah merangka dasar untuk menjadikan lokasi itu destinasi pelancongan lestari berpaksikan komuniti.

Antara langkahnya ialah pemuliharaan alam sekitar dengan semua aktiviti perlombongan di Tasik Chini telah dihentikan.

Tiada lesen perlombongan baharu dikeluarkan sejak 2019 dan kawasan itu kekal sebagai hutan simpan kekal.

Tindakan seterusnya melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Chini secara bersepadu melibatkan 18 agensi dan empat perkampungan Orang Asli.

Pelan itu melibatkan aspek pemuliharaan ekosistem melalui program restorasi hutan dan tasik bersama Jabatan Perhutanan Negeri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories