the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik mulai 1 Januari

Pemeriksaan kastam di zon berlepas KLIA T1 akan disatukan di pintu pelepasan mulai 1 Jan bagi aliran lebih lancar dan kurangkan kesesakan.

PUTRAJAYA: Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terhadap pengembara keluar negara akan disatukan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 mulai 1 Jan ini.

Inisiatif baharu itu membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan lebih lancar sebelum menaiki pesawat.

Ia juga dijangka mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan Imigresen.

Susun atur semasa itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan.

Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara Kementerian Pengangkutan, JKDM, Malaysia Airports Holdings Bhd dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

“Langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam,” menurut MOT dalam kenyataan.

Pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama.

MOT memaklumkan penambahbaikan itu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang.

Ia juga bertujuan mempercepat proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun.

“Bagaimanapun, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap dikenakan tindakan tegas,” menurut kenyataan itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories