the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Allahyarham Rozaid penerima anugerah khas hawana 2025

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Allahyarham Rozaid Abdul Rahman diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 bersempena dengan kemuncak sambutan hari ini.

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anak sulung Allahyarham, Roz Ariffin, 34, dalam majlis penuh istimewa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2025.

Allahyarham Rozaid, yang meninggal dunia pada 18 Ogos 2024 akibat serangan jantung, dikenang sebagai tokoh berpengaruh dalam dunia kewartawanan negara dengan pengalaman melebihi empat dekad dalam industri media.

Dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 1 Oktober 1964, Allahyarham memulakan kerjaya sebagai wartawan kadet di akhbar Utusan Melayu pada 21 April 1984 sebelum menjadi ketua pemberita dan seterusnya mencatat sejarah sebagai individu termuda dilantik sebagai pengarang berita Kumpulan Utusan pada usia 27 tahun.

Bukan itu sahaja, Allahyarham turut melakar sejarah sebagai wartawan Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke dalam terowong Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Thailand pada Disember 1989 dan laporan eksklusifnya kemudian dipetik oleh pelbagai media di seluruh dunia.

Rozaid juga menjadi wartawan Malaysia yang pertama berjaya menemuramah Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan Komander Rejimen Ke-10 PKM Rashid Maidin sejurus sebelum Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan PKM di Haadyai, Thailand.

Sebagai wartawan yang mempunyai pengalaman luas tentang pergolakan dan isu di Thailand, Rozaid pernah menghabiskan masa lebih sebulan di Bangkok membuat liputan mengenai rampasan kuasa yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Thailand di tangan pihak tentera pada Februari 1991.

Pada 1992, Rozaid memenangi biasiswa berprestij Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia, untuk mengikuti program fellowship kewartawanan di Wolfson College, United Kingdom sebelum diiktiraf sebagai Tokoh Wartawan Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pada 1994.

Rozaid sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila dipilih sebagai individu pertama dari Malaysia menerima Anugerah Media Digital Asia di Hong Kong pada 18 Nov 2015 anjuran Persatuan Akhbar-Akhbar Sedunia dan Penerbitan Berita.

Sebagai wartawan, editor dan pemimpin media, Rozaid bukan sahaja menyaksikan perubahan landskap kewartawanan, tetapi turut menjadi pelopor dalam evolusi berita digital di Malaysia termasuk membangunkan portal mStar Online di bawah The Star Media Group serta melancarkan Sinar Daily, versi bahasa Inggeris akhbar Sinar Harian.

Rozaid kembali ke The Star pada 2023 sebagai Pengarang Perundingan Kumpulan sebelum dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri pada 23 Mei 2023 yang berperanan dalam pengurusan komunikasi kerajaan dan strategi media.

Pemergian beliau tahun lepas ialah satu kehilangan besar kepada negara dan jasanya akan sentiasa dikenang.

HAWANA 2025 yang bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” berlangsung selama tiga hari dari Jumaat dan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional mengambil sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings