the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda negeri Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran itu dikeluarkan pada jam 3 petang ini.

Amaran melibatkan Pahang di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ia turut dijangka melibatkan Kelantan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu, amaran melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia.

Mereka juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi MetMalaysia.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories