the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 18, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan Sarawak sehingga 3 Jan, termasuk Kuching, Sibu dan Miri.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Jan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang atau media sosial rasmi jabatan atau aplikasi mobil myCuaca,” katanya dalam satu kenyataan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir meliputi kawasan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2 petang ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings