the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di Marang

KUALA TERENGGANU: Seorang pesakit dan petugas perubatan berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki mereka terbabas di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok di Marang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 12.30 tengah malam tadi, daripada kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah.

Beliau berkata siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila tayar belakang sebelah kiri van jenis Toyota Hiace milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang membawa seorang pesakit wanita berusia 21 tahun itu, tiba-tiba pecah sebelum terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Turut menaiki ambulans yang dalam perjalanan dari Hospital Kemaman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini itu ialah seorang doktor wanita berusia 28 tahun, dua orang jururawat dan seorang pemandu lelaki,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu dan kesemua penumpang yang hanya mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan lanjut.

Mohd Sofian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat di talian 09-6182222 bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN166/59).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings