the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin ketuai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului senarai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, itu dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Lima individu dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Mufti Kerajaan Negeri Profesor Madya Dr Faudzinaim Badaruddin dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kamal Bashah Ahmad Tajuddin.

Turut menerima anugerah itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban Datin Rohani Ismail.

Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Abd Khalid Othman, ADUN Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali, ADUN Johol Saiful Yazan Sulaiman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Dr Roslan Hussin pula antara 22 penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 14 penerima, Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (22 penerima) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (62).

Selain itu, tujuh individu dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz (STM), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (112), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (194), Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (23) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) (10).

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua pada 22 Jan dan sesi ketiga pada 29 Jan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings