the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar akan bincang dengan ketua parti sebelum umum senarai kabinet

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan runding dengan ketua parti sebelum umum senarai kabinet untuk isi kekosongan jawatan menteri

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menyiasat individu yang mengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.

Beliau berkata polis juga tidak perlu mengambil tindakan terhadap pengkritik dan sebarang kritikan yang dilontarkan kepada dirinya yang bermotifkan politik semata-mata.

“Beberapa tindakan terhadap beberapa pengkritik kerajaan termasuk serangan terhadap saya, saya telah beri arahan tidak perlu disiasat 

“Saya tidak pertikai apa tujuan matlamat orang-orang yang menyerang (kerana) kadang-kadang tidak berasas tetapi saya telah mengarahkan (tiada tindakan) selain daripada kes jenayah yang jelas atau tuduhan yang agak keterlaluan…yang sudah tidak ada tatasusila,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10 di sini hari ini.

Anwar turut menempelak tindakan segelintir pihak yang menyokong tindakan mengkritik dengan melontarkan kata-kata keterlaluan dan tidak berasas.

“Saya pun aneh juga merasakan betapa kadang-kadang orang-orang dalam parti Melayu dan Islam mendukung hal-hal sedemikian 

“Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya kritikan terhadap Anwar atau sebagai Perdana Menteri tidak harus diambil tindakan

“Apa lagi kalau nak kata-kata berpaut hanya politik atau meminta supaya Perdana Menteri undur atau letak jawatan atau disingkir. Kenyataan biasa itu saya tidak fikir, saya atau PDRM harus layan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings