the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar belum bincang calon PH bagi PRK Kuala Kubu Baharu

HULU SELANGOR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum berbincang mengenai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

“Saya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (PRK),” kata Pengerusi PH itu secara ringkas kepada pemberita semasa menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status calon PH bagi PRK itu yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas beberapa tahun bergelut melawan kanser.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings