the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar gesa penjawat awam tingkat mutu perkhidmatan, elak rasuah

Perdana Menteri mahu penjawat awam perbaiki diri, tingkat integriti dan tolak rasuah demi kecemerlangan negara.

PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik mutu perkhidmatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penjawat awam wajar memperkukuh nilai keikhlasan, tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas.

“Apakah dengan pangkat, darjat, anugerah, pingat atau jawatan tinggi itu telah kita tunaikan amanah dengan sebaiknya, seikhlasnya dan sebersihnya?” katanya ketika merasmikan Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara (SPAPN) 2025.

Anwar menegaskan kecemerlangan bukan sekadar slogan tetapi mencerminkan nilai dan amanah setiap individu.

Beliau turut bersyukur dengan prestasi ekonomi semasa negara yang menunjukkan perkembangan positif.

“Pagi tadi saya umumkan langkah-langkah terakhir yang amat membanggakan, pelaburan tertinggi, kadar pengangguran rendah, ringgit semakin kukuh, dan prestasi ekonomi terbaik di Asia,” katanya.

Namun beliau mengingatkan agar kejayaan itu tidak disalah tafsir sebagai sesuatu yang mudah dicapai.

Anwar menekankan kejayaan negara tidak akan kekal tanpa usaha berterusan dan kesatuan semua pihak.

“Bayangkan jika setengah juta penjawat awam bangkit dengan semangat baharu… kita bukan sekadar menyelamatkan, tetapi berusaha memastikan Malaysia terus muncul sebagai negara unggul,” katanya.

Beliau berkata kebangkitan hanya akan tercapai jika penjawat awam bersatu menolak amalan rasuah serta politik berasaskan kebencian.

“Cukup dengan kerakusan, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta politik perkauman dan kebencian,” tegasnya.

Anwar yakin dengan semangat tersebut, negara akan menyaksikan kejayaan yang tiada tandingan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings