the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar nasihat calon SPM kekal tenang, yakin diri

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menasihati calon SPM termasuk di kawasan banjir untuk kekal tenang dan yakin dengan kemampuan diri sendiri ketika menduduki peperiksaan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk di kawasan terjejas banjir untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dan pihak berkaitan telah siap siaga bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga.

“Semoga usaha, doa dan ketabahan kalian mampu membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan,” katanya menerusi hantaran di X.

Anwar turut berkongsi video tinjauan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) yang melibatkan 228 calon.

Peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula hari ini dengan Bahasa Melayu Kertas 1 melibatkan 413,372 calon mendaftar di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Peperiksaan SPM berlangsung sehingga 23 Disember.

Setakat pagi tadi, lapan negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Pahang.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories