the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes tembak di Nibong Tebal

Polis Pulau Pinang tahan dua lelaki berusia 30-an untuk bantu siasatan kes bunuh pemilik kedai cuci kereta yang ditembak di Nibong Tebal.

NIBONG TEBAL: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang ditembak di hadapan premisnya di Jalan Besar Permatang Keling di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di negeri itu.

“Suspek masing-masing direman sehingga 24 dan 25 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menambah pihaknya masih menyiasat motif sebenar insiden tersebut.

Mangsa yang dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Mangsa berusia 30-an itu ditembak beberapa das pada bahagian badan dan kaki dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali.

Mangsa didakwa didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal dengan seorang daripadanya menunggu di kenderaan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings