the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Asyraf Wajdi gesa pelajar jangan tolak tawaran MRSM kerana miskin

Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki, menasihati pelajar agar tidak menolak tawaran MRSM kerana kemiskinan, janji bantuan melalui BUDI MARA

KUALA LUMPUR: Para pelajar yang mendapat tawaran memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dinasihatkan supaya tidak menolaknya kerana faktor kemiskinan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata terdapat inisiatif khusus untuk membantu pelajar daripada keluarga susah meneruskan pendidikan.

“Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan. Saya sudah minta pengurusan MARA dan MRSM agar bantu mereka yang susah. Bantuan BUDI MARA juga ada disediakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkongsi mengenai sebuah keluarga kurang berkemampuan di Pasir Mas, Kelantan yang berdepan kebimbangan menanggung kos awal persekolahan anak mereka.

Anak keluarga itu baru menerima tawaran persekolahan di MRSM Jeli, namun keluarga itu mempertimbangkan untuk menolak tawaran berkenaan.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata beliau telah menghubungi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Datuk Noor Hariri Mohamed Noor bagi membantu perbelanjaan awal.

Selebihnya akan dibantu oleh beliau sendiri bersama MARA.

Program BUDI MARA ialah inisiatif MARA untuk membantu pelajar layak melanjutkan pelajaran di MRSM, khususnya daripada golongan B40.

Program ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan pembelajaran berjalan dengan baik.

Ini selari dengan dasar pengambilan MRSM yang menetapkan sekurang-kurangnya 60 peratus pelajar daripada golongan B40.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings