the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Atlet Sukma, para Sukma Terengganu terima insentif keseluruhan lebih RM1 juta

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan insentif berjumlah RM1.08 juta kepada atlet negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Edisi Ke-21 di Sarawak tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia melibatkan pemberian insentif kepada 414 atlet Sukma dan 57 atlet Para Sukma yang telah berusaha keras mengharumkan nama negeri, dengan pemenang pingat emas diberikan ganjaran RM3,000, pingat perak RM2,000 dan gangsa RM1,000.

Beliau berkata insentif terbesar diberikan kepada atlet sukan berbasikal Sukma yang menyumbang lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa, yang membabitkan ganjaran sehingga RM112,000.

“Buat pertama kali juga kita menyalurkan insentif mengikut kadar yang sama bagi atlet Sukma dan Para Sukma pada edisi kali ini, bagi mengiktiraf jasa mereka,“ katanya pada Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu Sukma dan Para Sukma Edisi Ke-21 Sarawak 2024.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Shahrizal Yahaya.

Pada temasya Sukma 2024 lepas, Terengganu menduduki tempat kelima di belakang Sarawak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang dengan kutipan 41 pingat emas, perak (36 pingat) dan gangsa (47).

Kontinjen Para SUKMA Terengganu pula menduduki tempat kesembilan dengan kutipan 10 emas, perak (19 pingat) dan gangsa (15 pingat).

Sementara itu Ahmad Samsuri mengingatkan atlet supaya meningkatkan prestasi bagi memperbaiki kedudukan negeri pada Sukma akan datang.

“Kita tidak pernah tercicir daripada tempat ketiga terbaik keseluruhan. Pencapaian keseluruhan kali ini merupakan pencapaian terendah sejak Sukma 2008 diadakan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings