the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.

Markas TDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa pada Ahad lepas, berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.

“Laporan tersebut mendakwa mangsa telah ditampar di bahagian kiri muka dan ditendang di bahagian perut oleh pegawai kanan berkenaan, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan trauma tumpul.

“Pihak kami menegaskan organisasi ini akan menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti antara punca kejadian, bagi menilai secara profesional dan terperinci berhubung dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan TDM sebagai tindakan, pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan TDM melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh.

“Sekiranya terbukti terdapat unsur salah laku dan guna kuasa seperti yang didakwa, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan TDM yang sedia ada,” katanya.

Kenyataan TDM memaklumkan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, memandang serius berkenaan dakwaan itu dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian serta tidak akan berkompromi terhadap pelaku, jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.

“TDM berharap agar semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif, yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai dilaksanakan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings