the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya, empat negeri lain masih terjejas

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya, namun Perak, Selangor, Perlis dan Pahang masih menempatkan mangsa banjir setakat 9 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Banjir di Terengganu telah pulih sepenuhnya, namun empat negeri lain masih menempatkan mangsa banjir setakat 9 malam Selasa (Disember 2).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu telah ditutup.

PPS itu menempatkan 31 mangsa daripada 20 keluarga sebelum ditutup pada pukul 8 malam.

BACA: Situasi banjir di tujuh negeri semakin pulih, mangsa di PPS berkurangan

Banjir yang bermula 22 November lalu memaksa hampir 11,000 mangsa berpindah ke lebih 500 PPS di lapan daerah.

Kejadian itu turut menyebabkan 16 sekolah ditutup dan 48 lagi dijadikan PPS.

Di Perak, seramai 3,228 mangsa daripada 947 keluarga masih berada di 19 PPS.

PPS tersebut meliputi daerah Hilir Perak, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah serta Larut, Matang dan Selama.

Sementara itu, di Selangor, 1,038 mangsa daripada 304 keluarga masih ditempatkan di 19 PPS.

Angka itu menurun berbanding 1,464 orang pada sebelah petang yang melibatkan Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Di Perlis, 551 mangsa terus berlindung di empat PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau.

Jumlah itu menurun daripada 696 mangsa yang dilaporkan pada sebelah petang.

Di Pahang, hanya 124 mangsa daripada 34 keluarga masih berada di enam PPS.

Semua PPS di Temerloh telah ditutup pada petang tadi.

JPBN Pahang memaklumkan Bera mencatatkan 92 mangsa, diikuti Maran (25) dan Kuantan (tujuh).

Paras Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dilaporkan kekal melepasi paras bahaya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings