the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan musim tengkujuh RM264.91 juta untuk pekebun kecil diteruskan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat ketidaktentuan cuaca.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM264.91 juta diperuntukkan untuk program tersebut, yang bakal memberi manfaat kepada lebih 330,000 penerima di seluruh negara termasuk di bawah FELDA dan LIGS.

“Bantuan ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk membela nasib masyarakat luar bandar.

BMT bukan sekadar bantuan kewangan sekali beri, ia adalah talian hayat dan penyambung rezeki ketika musim hujan mengancam hasil tuaian,” katanya semasa berucap di Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat RISDA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menekankan bahawa ketidakstabilan harga komoditi dan cuaca yang tidak menentu memberi tekanan besar kepada pekebun kecil.

“Sokongan seperti BMT adalah intervensi penting dalam dasar pembangunan luar bandar, bukan hanya sebagai bantuan ekonomi tetapi juga pengiktirafan kepada usaha mereka,” jelasnya.

Program ini mendapat sambutan positif daripada penerima, terutamanya mereka yang bergantung pada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan utama.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan Pengerusi RISDA Manndzri Nasib. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings