the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa, anak maut dalam kemalangan Berantai

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUCHING: Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, kira-kira 25 kilometer dari sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.54 petang mendapati mangsa, Atong Nebok, 64, dan anaknya Wilson Atong, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan berantai melibatkan sebuah lori dan van serta dua buah kereta.

“Ketua pasukan bomba mengarahkan anggotanya untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam sebuah kereta,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemalangan lain yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Bau bagi mendapatkan rawatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img