the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Baucar buku diperluas kepada 400,000 guru – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Inisiatif pemberian baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru untuk tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata usaha itu sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti.

Beliau berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.

“Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru. Tahun depan kita tengok dulu keadaan ekonomi sebab kita sedang bertarung dengan tarif Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat),” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings