the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah

MACHANG: Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata Balai Polis Temangan menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 68 tahun berkaitan penemuan bayi masih bertali pusat itu kira-kira 10.45 pagi tadi.

“Suspek disyaki merupakan anak angkat kepada pengadu dan didapati baring seharian di atas katil semalam dengan alasan darah haidnya keluar banyak serta dalam kesakitan.

“Suspek bagaimanapun telah mengaku kepada pengadu bahawa bayi itu adalah anak yang baru dilahirkannya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes selesai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China conducts missile test-fire in the Pacific Ocean

Beijing confirms rare submarine-launched missile test in the Pacific, drawing condemnation from Japan and regional powers.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings