the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Beberapa jajahan Kelantan dijangka dilanda banjir mulai hari ini

PRABN ramalkan banjir di sembilan jajahan Kelantan mulai 26 hingga 30 Disember susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya

KOTA BHARU: Beberapa jajahan di Kelantan diramalkan mengalami banjir bermula hari ini hingga 30 Disember.

Ramalan itu susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara memaklumkan jajahan terkesan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang dan Kota Bharu.

Jajahan lain yang dijangka terjejas ialah Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Kejadian banjir dijangka melibatkan lembangan sungai utama seperti Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Semerak.

“Ramalan banjir itu adalah tertakluk kepada keadaan hujan semasa,” menurut PRABN.

Kejadian banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh yang dijangkakan.

Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan dikenal pasti diminta berwaspada.

Mereka juga diminta peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Jabatan Pengairan dan Saliran akan melakukan pemantauan berterusan.

Hebahan amaran banjir akan dikemas kini sekiranya hujan signifikan terus berlaku.

Maklumat terkini dan amaran banjir boleh diperoleh menerusi laman sesawang Public Info Banjir.

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga 29 Disember.

Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Related

spot_img

Latest

Z.ai Open-Sources GLM-4.7, a New Generation Large Language Model Built for Real Development Workflows

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 26 December 2025 - Z.ai has released GLM-4.7, the latest version of its open-source large language model, ahead of Christmas, as the company steps up efforts to position its models for real-world software development and production use.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories