the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan mangsa banjir di Kelantan mencukupi, situasi terkawal

Kerajaan Kelantan jamin bekalan keperluan mangsa banjir mencukupi, situasi banjir terkawal tertumpu di kawasan pesisir pantai negeri

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk mangsa banjir di seluruh negeri ini adalah mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata situasi banjir ketika ini masih terkawal dengan tertumpu di kawasan pesisir pantai.

“Kawasan selatan negeri ini seperti Gua Musang dan Kuala Krai pula tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sabak.

Beliau berkata banjir tertumpu di kawasan Bachok, Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Kota Bharu mencatat jumlah pusat pemindahan sementara tertinggi setakat ini dengan 19 buah.

Penduduk di kawasan pantai dinasihatkan agar berwaspada berikutan hujan lebat dijangka berterusan hingga 26 November.

“Kita nasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan berpindah jika diminta pihak berkuasa demi keselamatan semua,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings