the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan minyak masak peket bersubsidi di Johor mencukupi

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi di negeri ini sentiasa mencukupi di pasaran menerusi kerjasama erat dengan rangkaian pasar raya utama.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu bagi memastikan isu kekurangan bekalan tidak berulang sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Berdasarkan hasil semakan, didapati terdapat pasar raya besar mengalami kekurangan bekalan minyak masak peket hampir seminggu setiap bulan kerana hanya membuat pesanan baharu setelah stok sedia ada habis.

“Syarikat terbabit memaklumkan kekurangan berlaku disebabkan mereka menunggu kehabisan stok sepenuhnya sebelum membuat pesanan, dan situasi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jelajah KPDN 2025 Zon Selatan di Pusat Konvensyen Puteri Harbour di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan beberapa pengurusan pasar raya utama di negeri ini agar membuat pesanan lebih awal bagi memastikan bekalan berterusan.

Beliau berkata kesemua pasar raya terlibat bersetuju untuk mengambil langkah proaktif itu bagi menjamin ketersediaan bekalan minyak masak peket secara konsisten.

“Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada niat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Fokus utama kita adalah untuk bekerjasama erat sebagai satu pasukan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Bangsa Johor.

“Kerajaan negeri turut komited untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan segala usaha penstabilan bekalan minyak masak peket dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menterinya Datuk Dr Fuziah Salleh serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings