the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas eksekutif jualan mengaku tidak bersalah seleweng wang syarikat lebih RM23,000

BUTTERWORTH: Seorang bekas eksekutif jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang majikannya berjumlah RM23,407.40 awal tahun ini.

R. Sutharshanan, 37, dari Taman Tompoi Utama, Johor Bahru, dituduh melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Syarikat Cap Keluarga Sales and Services Sdn Bhd, di Seberang Perai Tengah, dari 17 Feb 2022 hingga 8 Ogos 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan Sutharshanan yang diwakili peguam Hari Prassaad Rao diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings