the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas Ketua Menteri Sabah hadapi saingan enam penjuru di DUN Usukan

Mohd Salleh Said Keruak pertahankan kerusi DUN Usukan dalam PRN Sabah ke-17, hadapi lima penentang termasuk calon GRS dan Warisan.

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak berdepan saingan enam penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan.

Bendahari UMNO Sabah itu memenangi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi pada pilihan raya negeri sebelumnya.

Mohd Salleh akan ditentang Datuk Japlin Akim daripada Gabungan Rakyat Sabah dan Isnaraissah Munirah Majilis dari Warisan.

Kedua-dua penentang itu mempunyai rekod politik tersendiri di kawasan Parlimen Kota Belud.

BACA: Dua bekas ketua menteri antara calon PRN Sabah ke-17

Turut bertanding ialah Jaefris Muadis dari Parti Impian Sabah, Ajun Meliyon sebagai calon Bebas dan Mohd Lin Harun daripada Parti Solidariti Tanah Airku.

DUN Usukan mempunyai 24,235 pengundi berdaftar.

Kesemua calon disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Peter Jiton di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak pagi tadi.

Proses penamaan calon menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 sehingga 11.59 malam 28 November.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian.

Undi awal akan dijalankan pada 25 November. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings