the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pakar patologi gagal semak semula hukuman mati kes bunuh Kevin Morais

Bekas pakar patologi R. Kunaseegaran gagal permohonan semak semula hukuman mati kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Anthony Morais

PUTRAJAYA: Bekas pakar patologi R. Kunaseegaran gagal dalam permohonan semakan semula untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Anthony Morais.

Peguam Datuk N.Sivananthan dan Jasmine Cheong mengesahkan permohonan itu difailkan pada 14 November di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Notis usul menyebut Kunaseegaran, 62, memohon agar rayuannya didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada 1 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Kunaseegaran dan dua lagi dalam kes pembunuhan Morais.

Mayat Morais ditemui dalam tong berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September 2015.

Dua tertuduh lain, S.Nimalan dan Ravi Chandran, terlepas hukuman gantung dengan digantikan penjara seumur hidup.

Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran dihukum penjara 40 tahun tanpa sebatan.

Panel Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman mati ke atas Kunaseegaran kekal kerana beliau menarik balik rayuan berhubung perkara itu.

Panel turut melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R.Dinishwaran, A.K.Thinesh Kumar dan M.Vishwanath.

Pada 10 Julai 2020, keenam-enam lelaki dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Morais.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka pada 14 Mac tahun lalu.

Menerusi afidavit, Kunaseegaran mendakwa mengalami ketidakadilan serius dan berhak mendapat perbicaraan yang sewajarnya serta adil. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories