the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas pengurus didenda RM15,000 kerana guna dokumen palsu

Bekas pengurus syarikat perunding kewangan didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk pinjaman RM304,000.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus syarikat perunding kewangan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

Mohammad Syamim Mohd Yusof, 34, didakwa menggunakan bil elektrik palsu bagi permohonan pembiayaan peribadi berjumlah RM304,000 empat tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan lelaki itu dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pada penghakimannya, Suzana menasihatkan Mohammad Syamim supaya benar-benar insaf dan berharap hukuman itu dapat memberikan pengajaran.

“Kamu masih muda dan ada seorang anak. Kamu fikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perbuatan pada masa akan datang,” katanya.

Tertuduh didakwa menggunakan tiga bil elektrik palsu atas nama individu berasingan bagi tujuan permohonan pembiayaan di sebuah bank di Jalan Kuching pada 2019 dan 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda.

Berdasarkan fakta kes, syarikat tertuduh menawarkan perkhidmatan penyelesaian masalah kewangan kepada pelanggan yang mempunyai masalah seperti disenarai hitam.

Tiga individu terbabit menggunakan bil elektrik bukan milik mereka dan dimaklumkan syarikat itu mengenakan caj perkhidmatan 25 peratus daripada jumlah pinjaman.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon hukuman setimpal bagi mencerminkan keseriusan kesalahan.

Mohammad Syamim yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman denda kerana menanggung anak berusia dua tahun serta ibu bapa yang uzur.

Beliau juga tidak mempunyai pendapatan selepas kehilangan pekerjaan pada 2024 dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Lelaki itu telah membayar denda tersebut.

Related

spot_img

Latest

Malaysia pilih pendekatan pemulihan untuk remaja dikaitkan JI

Timbalan Ketua Polis Negara berkata pendekatan pemulihan holistik Malaysia terhadap 13 remaja yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah pada 2003 terbukti berkesan, berbeza dengan cadangan penempatan di Guantanamo Bay.

Most Viewed

Margin gains, tax efficiency lift Ancom Nylex earnings for 1H FY26

Ancom Nylex Bhd recorded revenue of RM876.2 million for the first half ended November 30, 2025, down from RM966.3 million a year earlier due to softer contributions from its Industrial Chemicals division and lower average selling prices amid falling crude oil prices. However, net profit rose 34.3% year-on-year to RM38.1 million, driven by healthier margins in the Agrichem and Industrial Chemicals segments, improved operational efficiency, and higher tax efficiency.
spot_img

Popular Categories