the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas setiausaha politik PM beri keterangan di SPRM kes rasuah

Bekas setiausaha politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar beri keterangan di SPRM berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan Albert Tei.

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan.

Keterangan itu berkaitan dakwaan rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei.

Menurut sumber, Shamsul Iskandar tiba di pejabat SPRM kira-kira 12 tengah hari tadi.

BACA: Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan MADANI – PM

Semalam, SPRM memaklumkan seorang wanita yang dikaitkan dalam klip video tular turut tampil memberi keterangan pada 2 petang.

Wanita itu didakwa berbual bersama ahli perniagaan berkenaan dalam video yang tular itu.

Pada 25 November, Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan terhadap dakwaan rasuah sedang dijalankan.

Semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi mengumpul bukti yang diperlukan dalam siasatan tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories