the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beri ruang polis siasat dakwaan penyebaran maklumat kes Zayn Rayyan – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta orang ramai memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan sekiranya betul terdapat dakwaan penyebaran maklumat berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sebarang siasatan termasuk dilaksanakan dengan penuh cermat dan berhati-hati.

“Perkara seumpama ini (penyebaran maklumat) merupakan satu elemen yang boleh mencacatkan proses penyiasatan,“ katanya pada sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Azmi Abu Kassim.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar masyarakat perlu bersandarkan maklumat daripada sumber yang mempunyai autoritatif berhubung kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

Jelasnya, pendedahan yang tidak sahih hanya akan mencipta sentimen dan tanggapan tersendiri dalam kelompok masyarakat.

“Dengan sentimen dan harapan rakyat, kita tidak boleh ketepikan prinsip dan nilai keadilan dalam proses siasatan. Jadi dengan panduan begitulah tugas pasukan polis dalam melakukan siasatan,“ katanya.

Semalam, tular di media sosial tangkap layar yang didakwa laporan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menerusi laporan Bernama berkata polis akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar berkenaan.

Selain itu, polis turut mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menurunkan tangkap layar berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings