the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar ajak rakyat sertai himpunan solidariti Palestin di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghadiri Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka pada Ahad ini sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata perhimpunan itu bukan sahaja simbol sokongan kepada saudara di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis, malah akan menjadi titik mula gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.

“Insya-Allah, Ahad ini akan bersama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.

“Ayuh kita semarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan di Himpunan and Selawat Malaysiaku Bersama Gaza.

Semoga doa dan usaha ini menjadi kekuatan untuk saudara kita terus bangkit dalam perjuangan memerdekakan bumi Palestin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Acara anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu dinaungi Perdana Menteri serta disokong Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurut penganjur, lebih 100,000 peserta dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan itu dengan tema pakaian berwarna putih. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings