the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru besar, ketua pembantu tadbir direman kemuka butiran palsu

IPOH: Seorang guru besar dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah di Kamunting direman empat hari sehingga Sabtu depan.

Mereka membantu siasatan kes mengemukakan beberapa butiran matan palsu bernilai kira-kira RM45,000.

Perintah reman terhadap kedua-dua wanita berusia 59 dan 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus.

Siasatan lanjut dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 28 Akta SPRM 2009.

Kedua-duanya ditahan kira-kira 4 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Mereka mengemukakan sembilan baucar bayaran yang disyaki mengandungi butir matan palsu.

Butiran palsu itu berkaitan pembekalan makanan dan minuman untuk 13 program sekolah dari 2023 hingga 2025. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings