the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen tahan 52 pekerja asing di kilang pembuatan komponen elektrik Kulim

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 52 pekerja asing pelbagai warganegara dalam satu serbuan di sebuah kilang pembuatan barang komponen elektrik di Kulim, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata serbuan yang bermula pukul 11.30 pagi itu, dilaksanakan menerusi Operasi Mahir hasil risikan dan aduan diterima.

“Pasukan operasi telah membuat pemeriksaan terhadap 695 orang di kilang berkenaan yang terdiri daripada warga Malaysia, Amerika Syarikat, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan China.

“Hasil pemeriksaan lanjut, seramai 52 pekerja asing berumur antara 22 hingga 52 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua pekerja asing itu telah dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Mohd Ridzzuan berkata tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang didapati menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin dan majikan diingatkan untuk perlu sentiasa memastikan pekerja asing yang bekerja memiliki dokumen dan pas yang sah.

“Kita akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berkala terutamanya di kawasan tumpuan bagi memastikan isu berkaitan pendatang asing tanpa izin yang tinggal secara haram dapat diatasi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings