the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Safari memancing Tanjung Manis masuk kalendar pelancongan Sarawak 2026

MUKAH: Safari Memancing Tanjung Manis akan dimasukkan secara rasmi dalam kalendar pelancongan Sarawak bermula tahun hadapan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu selaras dengan usaha memperkukuh peranan Tanjung Manis dalam gelombang kedua pembangunan ekonomi negeri.

“Pengiktirafan pada peringkat negeri akan membolehkan perancangan lebih tersusun dan memberi peluang kepada peserta antarabangsa membuat persediaan lebih awal,” katanya.

Abang Johari berkata aktiviti seperti memancing, golf dan maraton berpotensi membantu meletakkan Tanjung Manis di peta dunia.

Kerajaan negeri telah melabur RM70 juta bagi pembinaan tukun tiruan dari Telok Melano hingga Lawas.

Tukun tiruan ini bertujuan merangsang pembiakan ikan dan melindungi perairan tempatan daripada pencerobohan bot pukat tunda asing.

Abang Johari berkata sumber marin perlu dilindungi dengan penguatkuasaan lebih tegas serta sokongan tambahan daripada Pasukan Pengawal Pantai Sarawak.

Tanjung Manis akan menjadi antara tumpuan utama pembangunan negeri dalam gelombang kedua.

Pembangunan itu menggabungkan aspek sekuriti makanan, pelancongan dan ekonomi karbon.

Antara perancangannya termasuk memperbesar lapangan terbang tempatan bagi menerima pesawat lebih besar.

Belawai akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan pesisir lengkap dengan hotel, inap desa dan padang golf.

Segmen ekopelancongan juga akan diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelancong.

Bermula tahun depan, syarikat penerbangan AirBorneo akan memulakan penerbangan membawa pelancong dari Korea dan Jepun.

Ini dijangka merancakkan ekonomi tempatan melalui pelancongan makanan, budaya dan alam semula jadi.

Seramai 146 pemancing menyertai safari berkenaan, yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu laut dalam dan pesisir pantai- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3-area housing risks excluding B40, expert warns of transit gentrification

Dr Nurul Shakila Khalid said the greatest challenge facing transit-oriented development (TOD) is not the lack of affordable housing policies, but how transit-driven land economics steadily push property prices beyond the reach of B40 and M40 households.

Anwar urges swifter action to prepare Malaysians for AI-driven future

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said rapid technological advancements were reshaping industries and creating new opportunities, making it imperative for the country’s education and training ecosystem to adapt.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings