the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor selesai salur bantuan sewa rumah fasa kedua mangsa Putra Heights

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menyelesaikan bayaran bantuan sewa rumah sementara selama tiga bulan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Datuk Borhan Aman Shah menyatakan bayaran fasa kedua meliputi tempoh Julai hingga September 2025 telah dikreditkan pada 6 Ogos lalu.

Seramai 144 ketua isi rumah menerima bantuan berjumlah RM864,000.

“Penentuan senarai penerima dibuat selepas semakan data oleh Unit Pengurusan Bencana Petaling bersama Jawatankuasa Kecil Penyedia Data Mangsa,“ katanya.

Faktor seperti rumah siap dibaiki dan status mangsa sebagai penyewa lama turut dipertimbangkan.

Borhan menegaskan bantuan ini sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan mangsa terjaga.

Beliau berharap bantuan ini memberi kelegaan sementara kepada mangsa untuk fokus pada pemulihan kehidupan harian.

Mangsa yang belum membuat tuntutan bantuan sewa perlu hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk semakan kelayakan.

Sebelum ini, seramai 365 ketua isi rumah menerima bantuan fasa pertama dari April hingga Jun 2025 bernilai RM2.19 juta- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings