the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BMI semak naik unjuran ringgit bagi akhir 2025 kepada RM4.40 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menyemak unjurannya terhadap ringgit bagi akhir 2025 kepada RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.50 yang dibuat sebelum ini.

Menurutnya, dalam jangka masa sederhana, ringgit diunjurkan kekal dalam aliran peningkatan yang beransur-ansur, disokong oleh prospek pertumbuhan kukuh dan lebihan akaun semasa yang berterusan.

“Risiko bagi jangkaan kami terhadap mata wang adalah kecenderungan ke arah ringgit yang lebih lemah. Pendirian kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) memberikan risiko positif kepada pandangan kami mengenai kadar faedah AS.

“Mungkin pengurangan sebanyak 50 hingga 75 mata asas (bps), iaitu lebih kecil daripada unjuran sedia ada kami (100bps) dan seterusnya, mengekang ruang untuk ringgit mengukuh,” jelasnya menerusi nota penyelidikan pada Isnin.

BMI juga menambah, dari perspektif teknikal, unit mata wang itu susut lebih lapan peratus sejak mencecah paras aliran rintangan pada RM4.10 berbanding dolar AS pada awal Oktober 2024.

“Selain itu, petunjuk momentum mula menunjukkan keadaan terlebih jual, yang seharusnya membawa kepada peningkatan jangka masa pendek dan sejajar dengan unjuran kami yang unit ini diniagakan antara paras aliran sokongan RM4.80 dengan RM4.20 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2025,” tambahnya.

Sementara itu, BMI juga menjangkakan perbezaan kadar faedah antara AS dengan Malaysia mengecil dan akan menggalakkan ringgit.

Semasa mesyuarat pada Disember 2024, bank pusat AS itu melaksanakan pengurangan kadar faedah sebanyak 25 bps kepada 4.50 peratus, menepati unjuran BMI dan konsensus.

“Kami berpendapat kitaran pelonggaran pendirian Fed masih panjang dan menjangkakan kadar dana Fed akan mencecah 4.00 peratus pada separuh pertama 2025.

“Sebaliknya, kami menjangkakan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada tempoh yang sama,” kata BMI.

Selepas tempoh enam bulan, BMI menjangkakan kenaikan ringgit menjadi lebih perlahan.

Ringgit juga diunjurkan mengukuh sedikit kepada RM4.30 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026, jelasnya.

“Pasukan AS kami telah menyemak unjuran kadar faedah mereka bagi akhir 2025 dan 2026 kepada 3.50 peratus, daripada 3.00 peratus susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS. Ini akan mengehadkan kenaikan ringgit namun, faktor lain turut menyokong ringgit,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings