the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN akan runding calon PRK Kinabatangan dan Lamag dengan kerajaan Sabah

BN akan berunding dengan GRS dan parti lain di Sabah untuk calon PRK Kinabatangan dan Lamag, kata Ahmad Zahid Hamidi

SEMENYIH: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perundingan dengan semua pihak dalam kerajaan negeri Sabah berhubung calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu perlu dibincangkan memandangkan BN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Oleh kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah, tidak mustahil untuk kita mengadakan perundingan bukan sahaja dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi juga parti-parti lain yang pernah bertanding di Lamag sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata perundingan juga akan diadakan bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Ahmad Zahid berkata kaedah rundingan adalah lebih baik memandangkan tempoh Parlimen masih berbaki sehingga 24 bulan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini hari ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi urusan PRK tersebut pada 16 Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata beliau belum diminta oleh Perdana Menteri untuk mengemukakan nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.

“Perdana Menteri belum minta (nama). Apabila tiba masanya, saya akan memaklumkan kepada beliau,” katanya.

Beberapa portfolio Kabinet masih kosong pada masa ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings