the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
20.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bomba bantu angkat mayat wanita obesiti 200 kilogram di Gua Musang

Sembilan anggota bomba bantu angkat mayat wanita obesiti seberat 200kg di Kampung Sungai Terah, Gua Musang untuk diserahkan kepada polis

KOTA BHARU: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang membantu polis mengambil mayat seorang wanita obesiti dianggarkan seberat 200 kilogram.

Kejadian berlaku di Kampung Sungai Terah, Gua Musang pada malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam.

Operasi melibatkan sembilan anggota bomba yang tiba di lokasi pada 9.03 malam.

“Mangsa merupakan wanita berusia 30 tahun yang meninggal dunia dalam rumah,” menurut kenyataan itu.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories