the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba hantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Tatau, Sebauh

JBPM Sarawak hantar bantuan makanan ke penduduk terjejas banjir di Tatau dan Sebauh yang terputus hubungan jalan darat menggunakan lori dan bot

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaksanakan operasi penghantaran bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir di beberapa kawasan di Tatau dan Sebauh.

Operasi ini menyasarkan penduduk yang terputus hubungan jalan darat akibat banjir.

Operasi pertama bermula pada 10.27 pagi dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke Rumah Rose Jalong, Nanga Buan.

Anggota bomba menghantar 56 pek bantuan makanan seberat 280 kilogram serta 56 pek beras seberat 560 kg.

Bantuan itu dibawa dari sebuah pasar raya di Tatau ke Jeti Pasar Lama sebelum diagihkan menggunakan bot penduduk kampung.

Operasi di Tatau melibatkan sebuah lori dengan kekuatan dua anggota bomba.

Satu lagi operasi dilaksanakan pada 11 pagi di kawasan Sebauh oleh BBP Bintulu.

Sebanyak 60 pek bantuan makanan dengan anggaran berat 1,020 kg dihantar ke Kampung Melayu, Labang.

Bantuan dihantar dari Jeti Sebauh menggunakan bot berikutan laluan darat yang terputus.

Operasi di Sebauh melibatkan sebuah bot dengan kekuatan tujuh anggota bomba.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings