the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot karam: Satu lagi mayat ditemukan

BATU PAHAT: Seorang daripada dua nelayan yang masih hilang susulan insiden bot terbalik akibat angin kencang di Tanjung Segenting di sini Jumaat lepas, ditemukan 2 petang pada hari Selasa (Jun 25).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Lee Pong Ling, 68, ditemukan oleh kru feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar, kira-kira 25 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Jasad mangsa yang ditemui itu dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserah kepada pasukan polis yang kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk tindakan lanjut,“ menurut kenyataan itu.

Menurut APMM operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima semalam ditamatkan memandangkan tiada petunjuk baharu kedudukan seorang lagi mangsa, Raud Darus@Hamid, 53, namun pencarian diteruskan melalui rondaan rutin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings